Friday 22 March 2013

ALFALFA ~ RAJA SEGALA TUMBUHAN

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...



Tahukah anda?

Nama alfalfa berasal dari perkataan arab iaitu al-fac-facah yang bermaksud "Father of all foods" Ianya mengandungi vitamin A, D, E, K, dan juga mengandungi kesemua keluarga vitamin B; biotin, calcium, folic acid, iron, magnesium, potassium dan banyak lagi, terutama sekali jika ianya kering, ianya mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi. Mana tidaknya, akarnya yang panjangnya boleh mencecah 60 kaki ke dalam tanah itu, mampu menyerap pelbagai jenis mineral yang sangat bermanfaat kepada kita semua. Wow! Itu lah keistimewaan ALFALFA!


Shaklee juga ada menawarkan Alfalfa Complex buat anda yang memerlukan segala macam mineral yang baik untuk tubuh badan kita. Jika diambil secara konsisten, ianya dapat membantu dalam:~ 
  • mencuci usus untuk membuang toksik
  • menyeimbangkan hormon
  • menurunkan tekanan darah tinggi
  • meningkatkan sistem imun dalam badan
  • memperbaiki kesihatan sendi dan ketidakseimbangan keadaan kulit
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan sakit kepala dan migrain (kerana kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi)  
  • membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • melegakan sembelit
  • merawat  arthitis, alergi, asma dan ekzema
  • meneutralkan asid dalam badan
  • mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • 'Milk Booster' buat ibu yang menyusukan anak
  • merawat keputihan bagi wanita
  • dan baaanyak lagi (amboi bestnye)


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil Alfalfa secara konsisten disamping dapat menikmati segala kebaikan 'Raja Segala Tumbuhan' ini, sila hubungi saya untuk harga yang menarik. :)



Friday 1 March 2013

LOVE YOUR BONES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog Bonda QQ...semoga sentiasa sihat dan ceria selalu :)

Ramai yang mengabaikan kesihatan tulang dengan tidak mengambil kalsium dengan secukupnya. Kita biasa dengar penyakit pereputan tulang yang bukan sahaja berlaku pada warga tua, malah golongan yang muda pun kadangkala tidak terlepas dari mengidap Osteoporosis. Lagi-lagi kaum ibu yang menyusukan anak juga berhadapan dengan kekurangan kalsium di dalam badan. 


Kenapa Kalsium sangat penting untuk kita?

  • Menguatkan tulang bukan sahaja bagi pengguna, malah ibu-ibu yang sedang mengandung juga dapat menyalurkan kebaikan kalsium untuk pembentukan tulang anak yang ada di dalam kandungan
  • Memperkayakan kandungan kalsium dalam susu ibu bagi keperluan tumbesaran tulang anak
  • Menguatkan sperma bagi menembusi dinding telur untuk proses persenyawaan
  • Membantu menguatkan fungsi otot dan saraf serta mengurangkan kekejangan (cramp)
  • Membantu sistem jantung dan aliran darah serta mengurangkan kadar lemak di dalam darah
Shaklee juga tidak ketinggalan menyediakan suplimen kalsium yang terbaik buat anda. Setiap pengambilan 4 biji kalsium Ostematrix bukan sahaja mengandungi 100% keperluan harian kalsium anda, malah ia juga mengandungi Vitamin D (penyerapan kalsium) dan Magnesium (menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya sekaligus). Selain itu juga ianya turut mengadungi Zinc, tembaga (copper), Mangan dan Boron. 


Sesuai dengan promosi sepanjang bulan Mac ini, anda boleh berjimat dengan membeli 6 botol Ostematrix dan percuma satu botol selagi stok masih ada. Bukan saja-saja promosi ni boleh datang, bulan depan harga lain pulak. Selain untuk kegunaan sendiri, suami, kakak, abang, atuk nenek pun boleh guna. Haaaa kan meriah tu..hehe. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya yea. Sayangilah tulang anda sebelum terlambat. Thank you for reading this entry. :)


Saturday 23 February 2013

BUAT YANG BERSUKAN & YANG SENTIASA AKTIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...semoga sihat dan cergassss selalu...

Suka saya tengok sejak akhir-akhir ni kat tempat kerja saya, ada group berbasikal. Kenapa saya seronok? Sebab sebelum ni, saya pernah berbasikal ke tempat kerja masa keje kat area Terengganu dulu...fuuhhhh memang best tau. Rase fit je badan. Tapi tu dulu, sekarang ni lepas dah beranak ni belum ada kesempatan nak berbasikal bagai. Basikal pon dah kene jual...memang menyesal tapi nak buat macamana, dah kene pindah jauh, terpakselah lepaskan 'si dia' pergi...alahai..sob..sob! Meriah betul semangat kesukanan mereka ni, disamping menunjukkan warga kerja di tempat saya bekerja ni ada kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di samping mengekalkan kecergasan. Ada yang main bola tampar, bolasepak...wah wah wahhhh semangat betul tau! Best tuuu...


Bagi yang bersukan mahupun yang bekerja, pastinya tubuh memerlukan bahan bendalir bagi menghidratkan tubuh badan kita. Memperkenalkan PERFORMANCE MAXIMUM ENDURANCE SPORTS DRINK yang berupaya menghidrat lebih cepat dari air serta membekalkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian anda.


  • OptiCarb untuk tenaga berpanjangan
  • Pembekal bendalir dan elektrolit penting dan mencegah penghidratan (dehidration)
  • Terbukti secara klinikal dalam mengawal paras gula dalam darah yang penting untuk tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Rasa oren yang menyegarkan...fuuuhhhh

Selain untuk yang bersukan, minuman ini juga mampu memberi tenaga bagi yang berpuasa, cirit-birit (diarrhea), keletihan dan rendah paras gula di dalam badan. Dan yang paling ISTIMEWA lagi, Performance Drinks ini telah dibangunkan khas untuk angkasawan NASA dan banyak membantu ahli sukan bertaraf dunia  memenangi pingat dalam arena sukan antarabangsa. Tuuu dia penangan Performance! Anda bila lagi? Takpe, walaupun anda tidak menyumbang sebarang pingat emas untuk mana-mana organisasi, yang penting kita perlukan tenaga yang cukup untuk bergerak aktif sepanjang hari, betul tak?? Haaa...macam berminat je tu? Apalagi, sila dapatkan dengan pengedar sah Shaklee anda sekarang. Errr...jangan lupa warm up dulu, nanti kejang pulak urat tu...huhuhu...



Wednesday 20 February 2013

SUSU IBU KURANG?? SUSU CAIR?? BABY TAK KENYANG??

" Susu badan masih ada...tapi kenapa anak saya nampak macam tak puas je? "
" Susu dah takde...kering sangat dah ni...kemarau gitu.."
"Anak saya kerap je menyusu, tapi berat badan dia tak naik sangat lah."

Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan dari si ibu yang menyusukan anak. Ada yang mengeluh kerana merasakan susu seperti tak keluar (kering) ketika awal kelahiran anak. Puas berurut sana sini untuk buka jalan untuk susu keluar, ada yang berjaya namun ada yang tidak. Bagi yang melahirkan anak pertama, keadaan seperti ini pernah saya lalui. Kurangnya pengetahuan tentang pengambilan suplimen telah membuatkan saya pernah berputus asa dalam penyusuan susu ibu buat anak saya yang sulung. Demi anak kedua, saya berusaha untuk mencari info berkenaan makanan tambahan buat ibu yang menyusukan anak. 

Mengapa si ibu memerlukan suplimen tambahan? 


Makanan harian kita tidak cukup menampung keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita lagi-lagi ibu yang menyusukan anak. Unsur protein harian yang mudah diperolehi seperti:

  • Telur
  • Daging
  • Ayam
  • Ikan
  • Susu lembu
  • Produk daripada kacang soya (tempe, susu soya, tauhu)
  • Kacang tanah 

Walaupun setiap hari kita mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, namun kita tidak pasti bagaimana ianya ditanam, diracun sehinggalah sampai ke tangan kita. Yang diluaran kita nampak semuanya segar. Hakikatnya kita mungkin mengambil makan yang hilang khasiatnya akibat penggunaan racun yang berbahaya.  Nak makan yang organik pun boleh jugak, tapi ada yang mengeluh mahal dan kadang-kadang susah nak dapat. Pengambilan suplimen tambahan bukan sahaja dapat membantu menambah apa yang diperlukan oleh tubuh badan kita, ia juga sekaligus menjadi alternatif kepada sesiapa yang tekaknya mungkin tidak boleh terima sesetengah jenis makanan yang mempunyai zat-zat tertentu. Ada yang tak boleh minum susu, ada yang tak boleh makan sayur hijau dan banyak lagilah. Kan ke payah kalau macam tu. 

Set Bajet untuk Ibu yang Menyusukan Anak

Bagi ibu yang ingin mengambil langkah permulaan, puan-puan boleh cuba dahulu dengan set bajet ini yang terdiri daripada ESP dan Alfalfa Complex. Saya sendiri sedang menggunakan set ini dan alhamdulillah menjadi. Produk Shaklee ini bukanlah menambah susu ibu, tetapi ianya membantu memenuhi keperluan nutrien harian si ibu yang menyusukan anak. Jangan ambil suplimen sahaja tapi air kosong kurang minum pulak. Yang mana bekerja, jangan lupa perah lebih kerap supaya kelenjar susu dapat diransang dan seterusnya pengeluaran susu akan lebih produktif gitu. Kalau malas perah pun susu boleh kurang pengeluarannya...huhuhu! InsyaAllah, pengambilan set ini juga boleh membantu memekatkan susu badan dan baby pon kenyang. No more worries mommies! Ikhtiar dulu,cuba yang terbaik demi untuk anak yang kita sayangi. Bagi yang berminat jangan lupa hubungi saya yea.. Terima kasih bagi yang baca entri saya ini dan senyum selalu :)

Thursday 14 February 2013

PROJECT Q - Chapter 1

Assalamualaikum dan salam sihat lagi ceria buat anda...

Dalam entri sebelum ini, saya ada ceritakan perihal anak sulung saya yang susah sikit nak makan. Alhamdulillah sejak 2 minggu saya cuba ikhtiar dengan Meal Shakes, dia sudah mula menampakkan perubahan dalam gaya pemakanannya. 

Kalau sebelum ni, kalau dah minum susu, memang dia takkan sentuh makanan dah. Sekarang saya tengok, baru je lepas minum susu, kalau diajak makan dia pun makan bersungguh-sungguh. Sukanya saya dapat lihat perubahan terbaru ni. Harap-harap lepas ni selera makan dia semakin baik, berat badan semakin naik dan yang penting dia mendapat nutrien yang secukupnya untuk keperluan tumbesarannya. Way to go, abang Q! Hehehe...Semoga semuanya dipermudahkan Allah hendakNya...aminnnnn... :).

Jika anda juga yang mempunyai anak yang susah nak makan, kalau nak mencuba Meal Shakes ini, sila dapatkan melalui pengedar sah Shaklee anda hari ini juga. Manalah tahu, kita cuma ikhtiar yang mana terbaik untuk anak-anak kita.


Wednesday 6 February 2013

KEBAIKAN ALFALFA

Salam sihat lagi ceria... :)

Shaklee Alfalfa Complex ini merupakan antara supplement yang menjadi Shaklee Signature yang mana ianya telah dibangunkan oleh Dr. Shaklee sendiri pada tahun 1950-an. Lama dah tuuu...bukan baru-baru ni je timbul tau. Ini bermakna kajian secara terperinci telah dilakukan agar pengguna dapat merasai kebaikan Alfalfa Complex. Alfalfa ini bukan hanya boleh diambil oleh kaum wanita, malah kaum lelaki juga boleh mengamalkan pengambilan alfalfa bagi yang mementingkan penjagaan kesihatan. Berikut adalah antara kebaikan alfalfa buat semua:

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster
*Credit to mamafaiz


Yang paling bagusnya produk Shaklee ni, ianya hanya mengambil bahagian daun alfalfa sahaja sebagai bahan utama dan ditanam secara organik bagi memastikan tiada bahan-bahan berbahaya seperti racun dan sebagainya. Tiada bahan pewarna, pemanis, perasa tiruan dan pengawet tambahan di dalamnya. Amalkan pengambilan Alfalfa..InshaAllah, segala tidak mustahil. Ingin mencuba? Kalau kurang pasti, sila dapatkan penerangan khusus dari pakar kesihatan yang diyakini yea. Kepada yang berminat, sila hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa. :) 

Monday 4 February 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE - SUPPLEMENT FOR EVERYONE

Salam Sihat & Ceria buat semua....


Bulan ini merupakan bulan promosi buat Omega Guard Shaklee. Supplement ini sangat bermanfaat buat semua peringkat umur dari dalam kandungan ibu, kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas tau! Waaaaah! Semua dalam satu botol! Satu keluarga boleh menikmati kebaikan minyak ikan yang pastinya hanya yang terbaik. Apa yang bagusnya minyak ikan omega ini? Let's check it out! Ceeewah!

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc asma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

(5) Untuk lelaki
- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolestrol yang sihat

(6) Warga emas
- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
- Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

(7) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

* Credit to Ummi Irfan

Apa tunggu lagi??? Rembat skali 6 botol boleh percuma satu tuuu... Kalau nak beli pakat-pakat dengan kawan-kawan satu office ke, satu famili ke...laaaagi bagus! Semua orang akan dapat merasai kebaikan minyak ikan omega ini dengan harga yang lebih murah dari bulan-bulan biasa. Berminat? Sila hubungi pengedar sah Shaklee anda sekarang!