Saturday 23 February 2013

BUAT YANG BERSUKAN & YANG SENTIASA AKTIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...semoga sihat dan cergassss selalu...

Suka saya tengok sejak akhir-akhir ni kat tempat kerja saya, ada group berbasikal. Kenapa saya seronok? Sebab sebelum ni, saya pernah berbasikal ke tempat kerja masa keje kat area Terengganu dulu...fuuhhhh memang best tau. Rase fit je badan. Tapi tu dulu, sekarang ni lepas dah beranak ni belum ada kesempatan nak berbasikal bagai. Basikal pon dah kene jual...memang menyesal tapi nak buat macamana, dah kene pindah jauh, terpakselah lepaskan 'si dia' pergi...alahai..sob..sob! Meriah betul semangat kesukanan mereka ni, disamping menunjukkan warga kerja di tempat saya bekerja ni ada kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di samping mengekalkan kecergasan. Ada yang main bola tampar, bolasepak...wah wah wahhhh semangat betul tau! Best tuuu...


Bagi yang bersukan mahupun yang bekerja, pastinya tubuh memerlukan bahan bendalir bagi menghidratkan tubuh badan kita. Memperkenalkan PERFORMANCE MAXIMUM ENDURANCE SPORTS DRINK yang berupaya menghidrat lebih cepat dari air serta membekalkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian anda.


  • OptiCarb untuk tenaga berpanjangan
  • Pembekal bendalir dan elektrolit penting dan mencegah penghidratan (dehidration)
  • Terbukti secara klinikal dalam mengawal paras gula dalam darah yang penting untuk tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Rasa oren yang menyegarkan...fuuuhhhh

Selain untuk yang bersukan, minuman ini juga mampu memberi tenaga bagi yang berpuasa, cirit-birit (diarrhea), keletihan dan rendah paras gula di dalam badan. Dan yang paling ISTIMEWA lagi, Performance Drinks ini telah dibangunkan khas untuk angkasawan NASA dan banyak membantu ahli sukan bertaraf dunia  memenangi pingat dalam arena sukan antarabangsa. Tuuu dia penangan Performance! Anda bila lagi? Takpe, walaupun anda tidak menyumbang sebarang pingat emas untuk mana-mana organisasi, yang penting kita perlukan tenaga yang cukup untuk bergerak aktif sepanjang hari, betul tak?? Haaa...macam berminat je tu? Apalagi, sila dapatkan dengan pengedar sah Shaklee anda sekarang. Errr...jangan lupa warm up dulu, nanti kejang pulak urat tu...huhuhu...



Wednesday 20 February 2013

SUSU IBU KURANG?? SUSU CAIR?? BABY TAK KENYANG??

" Susu badan masih ada...tapi kenapa anak saya nampak macam tak puas je? "
" Susu dah takde...kering sangat dah ni...kemarau gitu.."
"Anak saya kerap je menyusu, tapi berat badan dia tak naik sangat lah."

Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan dari si ibu yang menyusukan anak. Ada yang mengeluh kerana merasakan susu seperti tak keluar (kering) ketika awal kelahiran anak. Puas berurut sana sini untuk buka jalan untuk susu keluar, ada yang berjaya namun ada yang tidak. Bagi yang melahirkan anak pertama, keadaan seperti ini pernah saya lalui. Kurangnya pengetahuan tentang pengambilan suplimen telah membuatkan saya pernah berputus asa dalam penyusuan susu ibu buat anak saya yang sulung. Demi anak kedua, saya berusaha untuk mencari info berkenaan makanan tambahan buat ibu yang menyusukan anak. 

Mengapa si ibu memerlukan suplimen tambahan? 


Makanan harian kita tidak cukup menampung keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita lagi-lagi ibu yang menyusukan anak. Unsur protein harian yang mudah diperolehi seperti:

  • Telur
  • Daging
  • Ayam
  • Ikan
  • Susu lembu
  • Produk daripada kacang soya (tempe, susu soya, tauhu)
  • Kacang tanah 

Walaupun setiap hari kita mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, namun kita tidak pasti bagaimana ianya ditanam, diracun sehinggalah sampai ke tangan kita. Yang diluaran kita nampak semuanya segar. Hakikatnya kita mungkin mengambil makan yang hilang khasiatnya akibat penggunaan racun yang berbahaya.  Nak makan yang organik pun boleh jugak, tapi ada yang mengeluh mahal dan kadang-kadang susah nak dapat. Pengambilan suplimen tambahan bukan sahaja dapat membantu menambah apa yang diperlukan oleh tubuh badan kita, ia juga sekaligus menjadi alternatif kepada sesiapa yang tekaknya mungkin tidak boleh terima sesetengah jenis makanan yang mempunyai zat-zat tertentu. Ada yang tak boleh minum susu, ada yang tak boleh makan sayur hijau dan banyak lagilah. Kan ke payah kalau macam tu. 

Set Bajet untuk Ibu yang Menyusukan Anak

Bagi ibu yang ingin mengambil langkah permulaan, puan-puan boleh cuba dahulu dengan set bajet ini yang terdiri daripada ESP dan Alfalfa Complex. Saya sendiri sedang menggunakan set ini dan alhamdulillah menjadi. Produk Shaklee ini bukanlah menambah susu ibu, tetapi ianya membantu memenuhi keperluan nutrien harian si ibu yang menyusukan anak. Jangan ambil suplimen sahaja tapi air kosong kurang minum pulak. Yang mana bekerja, jangan lupa perah lebih kerap supaya kelenjar susu dapat diransang dan seterusnya pengeluaran susu akan lebih produktif gitu. Kalau malas perah pun susu boleh kurang pengeluarannya...huhuhu! InsyaAllah, pengambilan set ini juga boleh membantu memekatkan susu badan dan baby pon kenyang. No more worries mommies! Ikhtiar dulu,cuba yang terbaik demi untuk anak yang kita sayangi. Bagi yang berminat jangan lupa hubungi saya yea.. Terima kasih bagi yang baca entri saya ini dan senyum selalu :)

Thursday 14 February 2013

PROJECT Q - Chapter 1

Assalamualaikum dan salam sihat lagi ceria buat anda...

Dalam entri sebelum ini, saya ada ceritakan perihal anak sulung saya yang susah sikit nak makan. Alhamdulillah sejak 2 minggu saya cuba ikhtiar dengan Meal Shakes, dia sudah mula menampakkan perubahan dalam gaya pemakanannya. 

Kalau sebelum ni, kalau dah minum susu, memang dia takkan sentuh makanan dah. Sekarang saya tengok, baru je lepas minum susu, kalau diajak makan dia pun makan bersungguh-sungguh. Sukanya saya dapat lihat perubahan terbaru ni. Harap-harap lepas ni selera makan dia semakin baik, berat badan semakin naik dan yang penting dia mendapat nutrien yang secukupnya untuk keperluan tumbesarannya. Way to go, abang Q! Hehehe...Semoga semuanya dipermudahkan Allah hendakNya...aminnnnn... :).

Jika anda juga yang mempunyai anak yang susah nak makan, kalau nak mencuba Meal Shakes ini, sila dapatkan melalui pengedar sah Shaklee anda hari ini juga. Manalah tahu, kita cuma ikhtiar yang mana terbaik untuk anak-anak kita.


Wednesday 6 February 2013

KEBAIKAN ALFALFA

Salam sihat lagi ceria... :)

Shaklee Alfalfa Complex ini merupakan antara supplement yang menjadi Shaklee Signature yang mana ianya telah dibangunkan oleh Dr. Shaklee sendiri pada tahun 1950-an. Lama dah tuuu...bukan baru-baru ni je timbul tau. Ini bermakna kajian secara terperinci telah dilakukan agar pengguna dapat merasai kebaikan Alfalfa Complex. Alfalfa ini bukan hanya boleh diambil oleh kaum wanita, malah kaum lelaki juga boleh mengamalkan pengambilan alfalfa bagi yang mementingkan penjagaan kesihatan. Berikut adalah antara kebaikan alfalfa buat semua:

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster
*Credit to mamafaiz


Yang paling bagusnya produk Shaklee ni, ianya hanya mengambil bahagian daun alfalfa sahaja sebagai bahan utama dan ditanam secara organik bagi memastikan tiada bahan-bahan berbahaya seperti racun dan sebagainya. Tiada bahan pewarna, pemanis, perasa tiruan dan pengawet tambahan di dalamnya. Amalkan pengambilan Alfalfa..InshaAllah, segala tidak mustahil. Ingin mencuba? Kalau kurang pasti, sila dapatkan penerangan khusus dari pakar kesihatan yang diyakini yea. Kepada yang berminat, sila hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa. :) 

Monday 4 February 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE - SUPPLEMENT FOR EVERYONE

Salam Sihat & Ceria buat semua....


Bulan ini merupakan bulan promosi buat Omega Guard Shaklee. Supplement ini sangat bermanfaat buat semua peringkat umur dari dalam kandungan ibu, kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas tau! Waaaaah! Semua dalam satu botol! Satu keluarga boleh menikmati kebaikan minyak ikan yang pastinya hanya yang terbaik. Apa yang bagusnya minyak ikan omega ini? Let's check it out! Ceeewah!

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc asma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

(5) Untuk lelaki
- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolestrol yang sihat

(6) Warga emas
- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
- Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

(7) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

* Credit to Ummi Irfan

Apa tunggu lagi??? Rembat skali 6 botol boleh percuma satu tuuu... Kalau nak beli pakat-pakat dengan kawan-kawan satu office ke, satu famili ke...laaaagi bagus! Semua orang akan dapat merasai kebaikan minyak ikan omega ini dengan harga yang lebih murah dari bulan-bulan biasa. Berminat? Sila hubungi pengedar sah Shaklee anda sekarang!