Thursday 31 January 2013

KHAS BUAT WANITA...Kerana dirimu begitu berharga

Apa khabar pembaca blog Bonda QQ? Semoga dalam keadaan sihat dan ceria yea... 

Kitaran hidup seorang wanita adalah anugerah yang tidak ternilai dari Maha Pencipta, bermulanya datang period, mengandung, melahirkan sehinggalah melalui zaman menopaus. Ada wanita yang dapat melaluinya dengan mudah namun ada juga yang melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Ada yang period datang tidak menentu (kadang-kadang sampai bertahun-tahun tak datang), yang dah bernikah tapi sukar untuk mendapatkan zuriat dan lain-lain cabaran lagi. Pelbagai jenis ubat sudah diambil, rawatan yang mencecah ribuan ringgit juga tidak ketinggalan dicuba...namun belum lagi menampakkan hasil.

Semua ini berkait rapat dengan HORMON. Jika hormon yang ada dalam tubuh badan kita ini ada yang tak kena, mungkin akan mewujudkan pelbagai cabaran buat kita bergelar wanita. Antara supplement yang sering diambil oleh wanita adalah Evening Primrose Oil yang terdapat banyak jenama yang dikeluarkan di pasaran. Jom kita lihat apa yang Shaklee boleh tawarkan buat anda!

Borage Flower atau nama saintifiknya Borago officinalis

Bunga Borage ini mengandungi lebih tinggi kandungan GLA (Gamma Linolenic Acid) daripada lain-lain tumbuhan yang menghasilkan GLA. Antara masalah kesihatan yang boleh dibantu dengan mengamalkan GLA Complex ini adalah: 

Penyakit Kardiovaskular - kesan anti-radang, mengurangkan pengagregatan platlet; merendahkan tekanan darah dengan mengurangkan getaran salur darah, menurunkan paras kolesterol.

Artritis (artritis reumatoid dan lain-lain gangguan radang) - kesan anti-radang, sokongan imun; membetulkan masalah kekuranga EFA dan GLA.

Gangguan kulit (ekzema, jerawat, dermatitis) -kesan anti-radang; fungsi EFA; sokongan imun.

Alahan & asma - kesan-anti-radang; fungsi EFA sokongan imun.

Penurunan berat badan - meningkatkan metabolisme sel; menyeimbangkan kadar elektrolit dan air.

PMS - menyeimbangkan elektrolit dan imbangan air; memberi bekalan EFA yang cukup

Sklerosis - membekalkan EFA dan menyelesaikan kekurangan GLA; sokongan sistem imun; mengurangkan pengagregatan platelet, menyeimbangkan prostaglandin.

Benign payudara dan cyst -  mencukupkan bekalan PGE1; kesan anti-radang.

Hiperaktif dalam kanak-kanak - GLA dan EFA boleh memberi sokongan; alahan dikurangkan.

Skizofrenia - menyeimbangkan asid lemak omega-6, PGE1 terlalu rendah, dan PGE2 terlalu tinggi.


Depresi - membekalkan GLA kerana depresi berkait dengan kekurangan GLA.

*Credit to Ummi Irfan

Banyak juga kebaikan GLA Complex Shaklee ini di dalam satu botol. Kepada yang mempunyai masalah kesihatan yang telah dinyatakan diatas, bolehlah mencuba. Manalah tahu serasi dengan anda. Dengan izin Allah, segalanya mungkin berhasil. Yang penting kita kena yakin dan konsisten kerana produk dari Shaklee ini adalah daripada bahan semulajadi dan mungkin mengambil sedikit masa untuk pengguna merasai perubahannya. Cubalah! :)



Tuesday 29 January 2013

PROJECT Q...The Journey Starts Here

Assalamualaikum dan salam sihat ceria buat semua...

Semalam pegi klinik, si adik Qaisarah kene cucuk untuk 6 bulan, si abang Qahhar pulak, timbang & makan ubat cacing untuk 2 tahun 1 bulan. Menengokkan si abang tu kurus, maka tak hairan la berat badan dia 9 kilo je.(klik sini untuk mengetahui sejarah kelahiran si abang) Alahai...abang2! Ni yang bonda nak start bagi abang supplement Shaklee ni. Bukannya sebelum ni tak pernah bagi supplement. Apa je yang kluar kat tv, bonda pernah bagi, yang klinik kerajaan punya pun pernah dapat.. Dia ni pon kadang-kadang ada jugak 'angin' nak makan dia tu. Kalau ramai2, dia banyaklah makan. Dah kami 4 sekeluarge, dia makan pun main-main je...geram tau! Tapi setakat ni alhamdulillah lah, sayur dengan buah-buah memang dia suka makan. Setengah budak langsung takmau jamah.

Mulai minggu ini saya akan mula beri si abang Meal Shakes Shaklee. Mendengarkan pelbagai testimoni berkenaan Meal Shakes, saya bertambah bersemangat untuk memberikan hanya yang terbaik untuk anak saya.
PROJECT Q akan saya mulakan demi si abang. Saya akan cuba update perkembangan PROJECT Q ini dari semasa ke semasa. Tungguuuuuuuuuu.....jeng..jeng..jenggggg
  

BERAT BADAN NAIK???

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Bonda QQ...


Jika anda ingin mengurangkan berat badan yang sedia ada (yang dah ideal kekalkan yea!), produk soya ESP daripada Shaklee ini merupakan salah satu penyelesaian buat anda. Mari kita lihat kebaikannya!


Anda berminat? Sila dapatkan produk TERLARIS Shaklee ESP ini dengan pengedar sah Shaklee anda sekarang!





Wednesday 23 January 2013

Susu oh Susu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog Bonda QQ, semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya... :-)


Susu ibu adalah susu yang terbaik buat anak kita sebaik-baik dilahirkan sehinggalah mencecah 2 tahun (ada juga lebih dari 2 tahun yea). Susu ibu lebih mudah dihadamkan dan mempunyai pelbagai jenis nutrien terbaik khusus dalam memenuhi keperluan tumbesaran anak serta dapat mengurangkan risiko jangka masa panjang penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan obesiti. 

Justeru itu, si ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan zat-zat penting dapat diberikan kepada anak melalui susu ibu. Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, pengambilan protein dan kalsium secukupnya dapat menjamin susu ibu yang penuh dengan nutrien buat si kecil. Banyakkan minum air kosong juga dapat membantu kelancaran penyusuan ibu-ibu sekalian. 

Pengalaman saya sepanjang menyusukan anak, memang agak mencabar yang mana saya pernah mengalami zaman kekurangan susu. Macam-macam petua nak banyakkan air susu yang saya minta dengan mak, mak mentua dan kawan-kawan. Ada kata amalkan jus lobak putih lah, makan daun turi la, dan yang paling saya tak tahan rasanya, pucuk betik, Ya Allah...pahitnye Tuhan aje yang tahu..

Inilah daun turi. Dimasak lemak pun sedap jugak...nyum nyum!

Kesemua petua di atas sangat bagus diamalkan. Tapi almaklumlah, orang macam saya ni ada sikap M.A.L.A.S sikit. Nak menyediakan satu hal, nak cari pulak kadang-kadang sudah nak jumpa (alasan sangat tau!). Kalau duk kampung lain la yea...lagi satu benda ni kalau nak berkesan, mestilah selalu diamalkan. kalau setakat makan sekali sekala alamatnye tak jadi la gituuuu...

Terus jatuh chenta dengan ini ESP...alahaiiiiiii 

Saya mencuba ESP atas nasihat Mommy Jeeha  yang mana beliau juga rakan satu tempat kerja. Mula-mula, bimbang juga takut-takut ESP ni sekadar indah khabar dari rupa...almaklumlah, kalau betul-betul nak boost susu ibu, sepatutnya kena ambil juga supplement yang lain-lain. Tapi saya nak cuba dulu dengan ESP sahaja. Setelah mencuba selama seminggu lebih (cepat atau lambat bergantung pada pengguna yang berbeza), alhamdulillah susu mula semakin meriah kembali. Dengan ESP sahaja tau! Syukur tidak terkira rasanya bila susu kembali seperti awal-awal kelahiran anak saya... :-)

Jika anda juga seorang ibu yang bakal menimang cahaya mata atau sedang membesarkan bayi anda dengan penyusuan badan, anda digalakkan "berkawan baik" dengan ESP ni.. Insha Allah,ianya tidak menjadi mustahil. Cubalah! 








Thursday 17 January 2013

HEALTH IS YOUR GREATEST WEALTH

Bila baca saja tajuk ni, pasti ada yang kurang faham apa kaitannya kesihatan dan kekayaan. Badan yang sihat akan menjamin hidup yang produktif dan mampu mencapai apa yang kita impikan. Cuba kita bayangkan jika badan kita lemah tidak berdaya, nak buat satu kerja pun tak boleh, terlantar di katil seharian (malah ada yang bertahun-tahun). Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil (saya bukan ustazah yea), tapi selagi kita ada daya usaha untuk kembali sihat, kita pasti akan buat segala yang termampu untuk tidak jatuh sakit.

Kesihatan adalah nikmat yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Tapi jika anda benar-benar seorang yang mampu dari segi kewangan (pendek kata makan tujuh lapan keturunan pun tak habis-habis), boleh je nak upah trainer ke, doktor peribadi ke untuk pastikan anda sentiasa sihat. Namun yang demikian, golongan marhaen macam saya ni manalah berduit sangat nak upah orang untuk jaga kesihatan kita. Kadang-kadang, pernah juga kita terdengar, orang kaya lah paling banyak penyakitnya. Mungkin banyak faktornya dari segi pemakanan yang tidak dikawal, gaya hidup kurang sihat, stress terhadap tanggungjawab kerja dan banyaaaaaak lagi lah! 


Kita perlu menyayangi tubuh badan kita seperti kita menyayangi seseorang. Manjakan dia, dan yang paling penting, berikan makanan yang terbaik, agar tubuh badan kita mendapat kasih sayang yang secukupnya disamping dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang giitu!


Cuba kita fikir, berapa ramai pesakit yang terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi akibat dari gaya hidup yang kurang sihat, makan makanan yang tidak berkhasiat? Bukankah ianya satu bebanan kepada tuan punya badan dan keluarga mereka? Kasihanilah tubuh kita selagi ianya sihat sejahtera...jalani gaya hidup sihat, pilih makanan yang baik dan berkhasiat. Ada yang sanggup berhabis duit dengan perkara-perkara lain, tapi bila bab untuk kesihatan diri je, mulalah mengeluh...mahal lah, takut tak berkesan lah, takut lupa makan ubat lah, takde masa lah (macam-macam 'lah' daaaa...). Hendak seribu daya, taknak seribu dalih...hmmmm..


Ubahlah gaya hidup anda dan cubalah melabur sedikit wang ringgit demi kesihatan kita sewaktu masih sihat ni. Insha Allah, segala usaha kita akan menjadikan hidup lebih baik dan lebih produktif dalam melakukan tugas seharian. Ingat, SIHAT DALAMAN, CERIA SENTIASA!