Wednesday, 23 January 2013

Susu oh Susu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog Bonda QQ, semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya... :-)


Susu ibu adalah susu yang terbaik buat anak kita sebaik-baik dilahirkan sehinggalah mencecah 2 tahun (ada juga lebih dari 2 tahun yea). Susu ibu lebih mudah dihadamkan dan mempunyai pelbagai jenis nutrien terbaik khusus dalam memenuhi keperluan tumbesaran anak serta dapat mengurangkan risiko jangka masa panjang penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan obesiti. 

Justeru itu, si ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan zat-zat penting dapat diberikan kepada anak melalui susu ibu. Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, pengambilan protein dan kalsium secukupnya dapat menjamin susu ibu yang penuh dengan nutrien buat si kecil. Banyakkan minum air kosong juga dapat membantu kelancaran penyusuan ibu-ibu sekalian. 

Pengalaman saya sepanjang menyusukan anak, memang agak mencabar yang mana saya pernah mengalami zaman kekurangan susu. Macam-macam petua nak banyakkan air susu yang saya minta dengan mak, mak mentua dan kawan-kawan. Ada kata amalkan jus lobak putih lah, makan daun turi la, dan yang paling saya tak tahan rasanya, pucuk betik, Ya Allah...pahitnye Tuhan aje yang tahu..

Inilah daun turi. Dimasak lemak pun sedap jugak...nyum nyum!

Kesemua petua di atas sangat bagus diamalkan. Tapi almaklumlah, orang macam saya ni ada sikap M.A.L.A.S sikit. Nak menyediakan satu hal, nak cari pulak kadang-kadang sudah nak jumpa (alasan sangat tau!). Kalau duk kampung lain la yea...lagi satu benda ni kalau nak berkesan, mestilah selalu diamalkan. kalau setakat makan sekali sekala alamatnye tak jadi la gituuuu...

Terus jatuh chenta dengan ini ESP...alahaiiiiiii 

Saya mencuba ESP atas nasihat Mommy Jeeha  yang mana beliau juga rakan satu tempat kerja. Mula-mula, bimbang juga takut-takut ESP ni sekadar indah khabar dari rupa...almaklumlah, kalau betul-betul nak boost susu ibu, sepatutnya kena ambil juga supplement yang lain-lain. Tapi saya nak cuba dulu dengan ESP sahaja. Setelah mencuba selama seminggu lebih (cepat atau lambat bergantung pada pengguna yang berbeza), alhamdulillah susu mula semakin meriah kembali. Dengan ESP sahaja tau! Syukur tidak terkira rasanya bila susu kembali seperti awal-awal kelahiran anak saya... :-)

Jika anda juga seorang ibu yang bakal menimang cahaya mata atau sedang membesarkan bayi anda dengan penyusuan badan, anda digalakkan "berkawan baik" dengan ESP ni.. Insha Allah,ianya tidak menjadi mustahil. Cubalah! 








No comments:

Post a Comment