My Experience

Salam sihat buat semua...

Menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang paling indah dalam hidup. Pelbagai perkara baru yang kita tak pernah terlintas untuk lakukan akan kita lalui. Seperti saya juga, pengalaman mengandung dan melahirkan dua orang anak merupakan dua pengalaman berbeza. Anak pertama saya Muhammad Qahhar telah dilahirkan pra-matang secara caesarean pada usianya 34 minggu 5 hari (lebih kurang 8 bulan) dan disahkan oleh doktor mengalami Intrauterine growth retardation/ restriction (IUGR) ketika dalam kandungan lagi. Berat badan MQ masa dilahirkan cuma 1.5 kg sahaja! Bayangkanlah, saya sendiri takut nak pegang...kecik sangat. Mungkin masa mengandung si ibu kurang mengambil nutrisi yang secukupnya, kebetulan pada waktu mengandungkan MQ, saya sedang menyambung pelajaran dan persekitaran saya kurang membantu saya untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat. Mana tidaknya, asyik makan nasi bungkus je, mungkin ada bahan perasa tiruan yang tidak sepatutnya. Nak buat macamana, takda pilihan...telan ajelah! Ketika itu, saya hanya bergantung pada ubat yang dibekalkan pihak klinik kesihatan..malangnya, saya ni jenis mengelat makan ubat. Hanya kuasa Allah yang dapat tunjukkan pada saya yang cara hidup saya pada ketika itu hampir-hampir meragut nyawa anak saya. Ya Allah, lalainya aku!

Sejak melahirkan MQ, saya berazam untuk menjadi ibu yang lebih baik untuk kandungan yang kedua. Dengan izin-Nya, saya telah dikurniakan seorang lagi anak selepas 8 bulan melahirkan MQ. Mujurlah doktor tak bising sebab ibu yang pernah caesarean disarankan boleh mengandung lagi selepas 3 tahun. Rezeki jangan ditolak, namun saya percaya setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Cuma banyak appointment dengan hospital je la sepanjang mengandung anak kedua. Alhamdulillah, kandungan kali ini disahkan sihat dan membesar dengan baik, hasil doa dan pengambilan ubat yang lebih konsisten dari dulu ditambah pula dengan supplement alternatif (bukan Shaklee). Masa tu saya tak kenal pon dengan Shaklee kerana kurang pendedahan dan takda siapa yang kenalkan saya dengan produk tersebut. 

Berat badan saya ketika mengandung naik agak mendadak, almaklumlah selera makan mencanak-canak naiknye...hehehe. Kalau berat naik, kena check gula lah, check tekanan darah lah... Biasanya saya akan check di klinik berhampiran tempat kerja saya. Satu hari tu, kebetulan ikut suami balik kampung. Kene pulak time kene check tekanan darah+gula. Check ajelah kat klinik swasta di sana. Doktor berkenaan menyarankan saya ambil soya untuk kurangkan rasa lapar. Serbuk soya itu telah dibungkus kecil-kecil untuk mudahkan saya ambil bila rasa lapar. (bukannya ganti nasi, tapi sebagai bahan pengenyang sampingan). Doktor tu beritahu satu canister harganya seratus lebih tapi tak diberitahu pulak cap apa. Dia kata kalau berminat, bolehlah teruskan ambil satu canister. Saya pun amalkanlah pengambilan soya tu (tapi beli yang paket-paket dulu). Alhamdulillah, kenyang jugak minum soya ni. Tapi bila dah balik rumah, tak teruskan minum soya tu...sebab nak balik kampung jauh sangat. Sepanjang mengandung, saya banyak amalkan minum air soya. Alhamdulillah, setelah Ainul Zuyyin Qaisarah dilahirkan, kulit anak lebih cerah dari kulit bondanya (beza benauu hehehe). 


Bila  bercerita hal penyusuan anak, pada saya ianya merupakan satu cabaran yang agak getir buat saya. MQ hanya sempat disusukan oleh saya cuma 6 bulan sahaja. Kemudian susu kering... AZQ pulak, bila masuk 4 bulan lebih je, susu jadi kurang sehingga menyebabkan saya jadi agak tertekan dengan situasi ini. Saya pun mula mencari info-info berkenaan pengeluaran susu ibu dan akhirnya saya bertemu dengan produk Shaklee. Kebetulan kawan sekerja pun masih menyusukan anaknya dan beliau memperkenalkan saya dengan ESP. Bila saya rasa je ESP, baru teringat! Rupa-rupanya yang aku dok minum masa mengandung dulu tu, soya ESP la...Hahahahahah! Nak gelak masa cubaan pertama minum ESP. Panjang jodoh kita yea! Sekarang Shaklee adalah produk yang saya yakini kerana alhamdulillah, dengan mengamalkan ESP, pengeluaran susu saya semakin baik. Tu belum lagi dengan supplement Shaklee yang lain. InshaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... :)



No comments:

Post a Comment