Tuesday 29 January 2013

PROJECT Q...The Journey Starts Here

Assalamualaikum dan salam sihat ceria buat semua...

Semalam pegi klinik, si adik Qaisarah kene cucuk untuk 6 bulan, si abang Qahhar pulak, timbang & makan ubat cacing untuk 2 tahun 1 bulan. Menengokkan si abang tu kurus, maka tak hairan la berat badan dia 9 kilo je.(klik sini untuk mengetahui sejarah kelahiran si abang) Alahai...abang2! Ni yang bonda nak start bagi abang supplement Shaklee ni. Bukannya sebelum ni tak pernah bagi supplement. Apa je yang kluar kat tv, bonda pernah bagi, yang klinik kerajaan punya pun pernah dapat.. Dia ni pon kadang-kadang ada jugak 'angin' nak makan dia tu. Kalau ramai2, dia banyaklah makan. Dah kami 4 sekeluarge, dia makan pun main-main je...geram tau! Tapi setakat ni alhamdulillah lah, sayur dengan buah-buah memang dia suka makan. Setengah budak langsung takmau jamah.

Mulai minggu ini saya akan mula beri si abang Meal Shakes Shaklee. Mendengarkan pelbagai testimoni berkenaan Meal Shakes, saya bertambah bersemangat untuk memberikan hanya yang terbaik untuk anak saya.
PROJECT Q akan saya mulakan demi si abang. Saya akan cuba update perkembangan PROJECT Q ini dari semasa ke semasa. Tungguuuuuuuuuu.....jeng..jeng..jenggggg
  

No comments:

Post a Comment